fb fb fb fb fb

Tiga negeri dilanda banjir

 (Foto FB Apm Kluang)

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Tiga negeri dilanda banjir susulan hujan berterusan yang melanda negeri berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Menerusi Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), seramai 3,566 penduduk terjejas ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, Sabah dan Pahang, setakat pukul 6.00 pagi ini.

Johor merekodkan 3,482 penduduk terjejas daripada 984 keluarga yang berlindung di 35 PPS.

"Segamat merekodkan 1,392 penduduk terjejas diikuti Kluang (1,043), Kota Tinggi (557), Mersing (369) dan Batu Pahat seramai 121 orang," jelasnya.

Sementara itu, Sabah merekodkan 77 penduduk terjejas daripada 19 keluarga dari daerah Pitas yang berlindung di dua PPS.

Pahang pula mencatatkan tujuh penduduk terjejas daripada dua keluarga yang berlindung di sebuah PPS di Rompin.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah bagi hari ini.

"Daerah yang terbabit di Johor ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, daerah yang terbabit ialah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

"Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dna pengoperasian bencana dari semasa ke semasa melalui nombor telefon 03-80642400, faksmili 03-80642429 dan alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," katanya menerusi kenyataan.

(Foto FB APM Pitas)

Media Baharu