fb fb fb fb fb

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia

SHAH ALAM, 12 Oktober - Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, 76 tahun meninggal dunia 4.30 petang tadi.

Allahyarham yang dirawat di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Shah Alam sejak 29 September lalu, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Berita itu dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd Hisham menerusi kiriman mesej ringkas di aplikasi WhatsApp kepada pihak media.

Allahyarham sebelum ini kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru, selepas mengalami batuk teruk selama seminggu dan menerima rawatan di HSA sebelum ini ditidurkan dan bernafas sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu, Allahyarham adalah pelakon yang aktif dalam arena drama dan filem tanah air sekitar 1980-an.

Namun, arwah yang juga pesara kerajaan banyak menghabiskan waktu berehat di rumah kerana faktor usia serta kesihatan.

Selama aktif sebagai pelakon, Allahyarham telah membintangi banyak drama dan filem. Antara karya lakonannya ialah Tsu Feh Sofiah, Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Dalam Hati Ada Cinta, Tanah Kubur dan Tok Ayah.


(Pelakon veteran, Allahyarham Hisham Ahmad Tajuddin)

Media Baharu