KUALA LUMPUR, 4 Mei - Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim meninggal dunia di kediamannya di Bandar Tun Razak, pagi ini.
Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham yang juga pelakon Iman Zulkarnain.

di Tanah Perkuburan Dusun Tua)
"Dia meninggal pukul 11 atau 12 tengahari tadi dekat rumah dekat Bandar Tun Razak dengan anak dia kat rumah masa itu...masa tengah sarapan dan dia keras, jatuh dari kerusi makan anak dia keluar bawa dia pergi hospital, periksa memang sudah tiada.
"Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,"kata Iman Zulkarnain ketika dihubungi berita RTM.
Jenazah akan dikebumikan di kampungnya di Hulu Langat, Selangor di Tanah Perkuburan Dusun Tua.
Berita pemergian aktor yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu turut disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi Instagramnya.