fb fb fb fb fb

Pelajar tingkatan lima lemas ketika mandi lombong

Penduduk kampung membantu mencari mangsa lemas

MACHANG, 20 April- Kegembiraan enam sahabat mandi-manda di sebuah lombong di Pulai Chondong Machang, Kelantan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan lemas, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata, mangsa Mohamad Fahmi Mohd Faizul Azli, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Abdul Samad Pangkal Gong Pulai Chondong Machang dikatakan bersama lima lagi rakannya telah keluar mandi di kawasan pam pasir di kampung berkenaan pada pukul 12.15 tengahari.

Hasil siasatan awal mendapati, semasa sedang mandi, mangsa bersama seorang lagi rakannya telah berenang untuk mengambil baju yang hanyut di kawasan dalam.

Namun remaja terbabit tiba-tiba tenggelam.

Rakan mangsa sempat diselamatkan. 

Bagaimanapun mangsa tidak dapat diselamatkan selepas tidak dapat dikesan menyebabkan rakan-rakannya yang lain  meminta bantuan orang awam.

Mayat remaja itu ditemukan selepas 10 minit operasi mencari di sekitar kawasan lemas yang dilakukan penduduk kampung.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE