fb fb fb fb fb

Pelajar sekolah antara ditahan, ubah suai motosikal bising macam roket

KULIM, 5 Jun- Ekzos motosikal mengeluarkan bunyi yang kuat dan bingit umpama “roket”.

Itu antara kesalahan penunggang motosikal yang ditahan polis Kulim dalam operasi Motosikal di Taman Mutiara Sungai Kob, Kulim Kedah semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata 16 daripada 64 individu yang ditahan adalah pelajar sekolah berusia 13 hingga 16 tahun.

Katanya operasi pada pukul 6.30 petang itu, sebanyak 55 buah motosikal dan 73 Saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Kebanyakan melibatkan kesalahan pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkan.

Dua tangkapan telah dilakukan dibawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keterangan atas nombor enjin yang telah dicanai atau dirosakkan.

Tegasnya Ibu Pejabat Polis Kulim sentiasa memantau kegiatan terbabit dan memfokus bagi mengurangkan kadar kemalangan dan aktiviti - aktiviti yg menjadi kegusaran masyarakat.

Kerjasama daripada masyarakat setempat digalakkan bagi menyalurkan sebarang maklumat kepada polis.

 


(Sebanyak 55 buah motosikal dan 73 Saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan)

 


(Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh)

Media Baharu