fb fb fb fb fb

Pelajar ILP Kuala Terengganu baiki barangan elektrik rosak akibat banjir

Pelajar-pelajar ILP Kuala Terengganu membaiki barangan elektrik yang rosak akibat banjir

KUALA NERUS, 4 Februari- Penduduk terjejas banjir di beberapa buah kampung dekat Hulu Dungun berpeluang mendapatkan khidmat pembaikian peralatan elektrik secara percuma.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Institut Latihan Perindustrian, ILP Kuala Terengganu itu bagi membantu penduduk membaiki peralatan elektrik yang ditenggelami air.

Ketua Jabatan Elektrikal dan Elektronik ILP Kuala Terengganu, Mohamad Shamsul Rizal Rozak berkata, 40 penuntut dan 30 tenaga pengajar institut itu akan turun padang bagi memberi khidmat secara percuma di Kampung Shukor dan Kampung Pasir Raja dalam masa terdekat.

Antara peralatan yang sering rosak adalah kipas, mesin basuh, peti sejuk, televisyen dan ketuhar.

"Kebiasaannya untuk program-program sebegitu kalau mengikut pengalaman-pengalaman kita di Kuala Berang pada tahun lepas ada juga peralatan yang tidak sempat kita baiki di sana kita akan bawa balik ke ILP untuk kita teruskan proses pembaikan dan kemudian pihak penduduk kampung akan datang ambil barang-barang yang telah pun siap dibaiki,"katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, menerusi kepakaran yang ada, barangan yang ditenggelami banjir dapat dibaik pulih semula.

Sebelum ini, hampir 90 peratus barangan elektrik yang rosak dapat dibaiki.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE