BALING, 21 April - Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang keluar secara cuai dari sebuah simpang.
Kejadian berlaku di Kampung Kuala Kuang, Kupang di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Baling Supritendan Shamsudin Mamat berkata mangsa Muhammad Faizun Faidhlullah Mat Rashid , 20 tahun dari Kampung Teluk Petata Kupang maut akibat kecederaan parah di kepala.
Ketika kejadian kira-kira pukul 10.50 malam, mangsa tidak memakai topi keledar.
(Gambar menunjukkan keadaan motosikal mangsa remuk akibat rempuhan)
Manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda, seorang jururawat yang beralamat Desa Bidara Kuala Ketil tidak mengalami kecederaan.
Kenderaan wanita itu hanya remuk pada bahagian hadapan akibat rempuhan motosikal mangsa yang cuba mengelak ketika kenderaan itu keluar dari simpang.
Kes siasat kes bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.