fb fb fb fb fb

Pejabat Persatuan Veteran ATM di Pulau Pinang, lebih kemas

FB Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 23 Disember - Kerja baik pulih Pejabat Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Nibong Tebal Pulau Pinang, siap sepenuhnya.

Perkembangan itu dimaklumkan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek.

"Kerja baik pulih yang merangkumi pemasangan pagar dan mengecat semula dinding telah siap sepenuhnya.

"Pejabat yang menjadi nadi aktiviti golongan veteran ATM ini kini lebih cantik dan kemas," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata jasa veteran ATM sangat besar kepada negara.

Meskipun telah bersara, mereka mempunyai peranan penting dalam masyarakat.

"Saya sangat menghargai akvititi-aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang dilaksanakan Persatuan Veteran ATM untuk komuniti di Nibong Tebal," katanya.

Terdahulu, Fadhlina memaklumkan kesempatan pulang ke Nibong Tebal digunakan sebaiknya bagi meninjau sendiri pelaksanaan salah satu Projek Mesra Rakyat (PMR) yang melibatkan Persatuan Veteran ATM.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID