fb fb fb fb fb

Pegawai Thai dipecat, hampir AS$60 juta ditemui dalam akaun peribadi

Foto hiasan

BANGKOK, 6 Disember- Empat pegawai Thailand telah dipecat selepas pihak berkuasa menemui lebih dua bilion baht (AS$57) dalam akaun bank mereka.

Kira-kira AS$57 berada dalam akaun beberapa pemilik yang melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki yang bekerja di Jabatan Hasil di Wilayah Samut Prakhan berhampiran ibu kota Bangkok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) telah merujuk kes itu kepada Pejabat Peguam Negara dan mengarahkan supaya Mahkamah Jenayah Rasuah melaksanakan siasatan.

Penolong Setiausaha Agung dan Timbalan jurucakap NACC, Sornchai Chuwichian menyifatkan keempat-empat mereka memiliki kekayaan yang luar biasa.

Beliau dalam kenyataan mendedahkan semua aset tersenarai termasuk deposit bank tidak bersesuaian dengan pendapatan.

"Tiada siapa yang dapat menjelaskan sumber wang itu", katanya.

Danai Damrongchaiyothin, mempunyai 1.1 bilion baht (AS$31 juta) dalam tujuh akaun, manakala seorang daripada wanita terlibat memegang lebih daripada 500 juta baht (AS$14 juta) dalam lima akaun.

Gaji permulaan untuk pegawai hasil adalah kurang daripada $450 sebulan.

"Keempat-empat mereka telah dipecat daripada jawatan kerajaan. Ia tidak menyebut sama ada mereka telah didakwa atau ditangkap", menurut kenyataan itu.-AFP

ROSLINA BINTI DIN