KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Dua jam tangan mewah jenis Rolex dimiliki seorang pegawai kanan polis dibeli menggunakan duit hadiah pemberian ibu dan mendiang bapanya.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad mengesahkan perkara itu selepas menjalankan siasatan ke atas seorang pegawai kanan polis yang memiliki gaya hidup mewah dengan memiliki dua utas jam tangan jenama Rolex.
"Hasil siasatan awal mengesahkan jam berkenaan dibeli menggunakan wang hadiah dari ibu dan mendiang bapanya yang juga ahli perniagaan berjaya.
"JIPS akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Khamis lalu, seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex.
Tertuduh Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 41 dituduh mencuri jam tangan mewah milik suaminya yang juga pegawai polis pada Januari 2021.
Pegawai kanan polis beli 2 utas jam tangan Rolex guna duit ibu
