fb fb fb fb fb

PDRM terima sembilan buah Mitsubishi Triton sumbangan TNB

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sumbangan sembilan buah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sumbangan itu susulan kerjasama antara TNB dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam membanteras kegiatan mencuri elektrik bagi aktiviti perlombongan Bitcoin.

"PDRM telah berjaya menahan 627 individu serta melibatkan barang rampasan bernilai RM69.8 juta. Selain itu, dengan sumbangan kenderaan yang diberikan, kami akan mempergiat usaha membanteras aktiviti jenayah mencuri elektrik untuk aktiviti perlombongan haram Bitcoin," kata Acryl menerusi satu kenyataan.


(Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din kepada
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini di Bukit Aman)

Majlis penyampaian sumbangan itu diadakan di lobi Menara 1, Bukit Aman oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini.

Hadir sama, wakil-wakil TNB dan barisan pegawai kanan PDRM.

Dalam pada itu, PDRM turut menasihati orang ramai agar peka dengan aktiviti melombong Bitcoin secara haram.

Pemilik premis perniagaan juga diingatkan untuk berwaspada kepada penyewa baharu selain kerap melakukan pemeriksaan bagi mengelakkan jenayah haram tersebut.

Media Baharu