fb fb fb fb fb

Bersauh tanpa kebenaran, MARITIM Johor tahan sebuah kapal kargo milik PATI

KOTA TINGGI, 29 Mac- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Johor menahan sebuah kapal kargo dipercayai bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 18.4 batu nautika Timur Tanjung Balau, Kota Tinggi, 12.35 tengah hari tadi.

Kapal berdaftar dari Pontianak, Indonesia itu dikendalikan 12 kru lelaki warganegara Indonesia, berumur 23 hingga 46 tahun.

Pengarah MARITIM Johor, Laksamana Pertama MARITIM Nurul Hizam Zakaria memaklumkan pemeriksaan dokumen mendapati kapal tersebut telah bersauh sejak 25 Mac lalu.

Selain tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia, nakhoda dan ketua jurutera kapal dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk disiasat mengikut Seksyen 491 B (1) (L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.


(Kenyataan rasmi dikeluarkan APMM Maritim Johor berhubung tangkapan terbabit)

Media Baharu