fb fb fb fb fb

PDRM: Penutupan jalan sempena Thaipusam


GOMBAK, 15 Januari - Tujuh jalan di ibu negara akan ditutup bermula 16 hingga 21 Januari sempena sambutan Thaipusam.

Penutupan itu bermula pukul 7 malam hingga 12 tengah malam di lampu isyarat Kg.Melayu Batu Caves, susur dari arah MRR2 ke Kuil Batu Caves dan Jalan Batu Caves Lama ke Pintu Utama Kuil.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner (ACP) Zainal Mohamed Mohamed berkata, selain itu melibatkan juga empat jalan lain iaitu jalan di sekitar Batu Caves dan Gombak.

Sementara itu 1,300 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan serta pematuhan Prosuder Operasi Standard (SOP) .

Pasukan penguatkuasaan turut dibantu jabatan dan agensi lain seperti Kementeriaan Kesihatan (KKM) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Sukarelwan Malaysia (RELA).

Beliau berkata demikian dalam sidang media berkaitan Op Palu Sempena Sambutan Thaipusam di IPD Gombak.

Media Baharu