fb fb fb fb fb

PBIM 2024 jadikan Batu Kawan destinasi pelancongan sukan antarabangsa

FOTO BERNAMA

GEORGE TOWN, 14 November - Program larian Penang Bridge International Marathon (PBIM) 2024 anjuran Kerajaan Pulau Pinang berjaya menjenamakan Batu Kawan sebagai kawasan pelancongan sukan antarabangsa.

Exco Pelancongan Dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata ia turut memberi impak ekonomi yang signifikan menerusi peningkatan tempahan hotel, perbelanjaan makanan dan sektor ekonomi tempatan.

"Daripada perspektif pelancongan, PBIM berjaya menjenamakan Batu Kawan sebagai sukan pelancongan antarabangsa, sekali gus mengimbangi tumpuan pelancongan antara bahagian pulau dan Seberang Perai.

"Acara ini turut merancakkan kawasan tersebut. Selepas penganjuran PBIM 2024 di Aspen Vision City Batu Kawan, suka saya laporkan terdapat lapan acara larian di situ, iaitu selepas penganjuran 2024. Tempat itu telah diangkat menjadi destinasi baharu acara larian," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berhubung impak PBIM 2024 yang diadakan julung kali di Batu Kawan pada tahun lalu.

Setakat ini, seramai 22,609 peserta telah mendaftar bagi PBIM 2025 yang bakal berlangsung 14 Disember ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM