fb fb fb fb fb

Patuhi SOP ketika melancong pada cuti Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 25 April - Orang ramai yang bakal melancong bersempena cuti panjang perayaan Aidilfitri, dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Saraya Arbi berkata ini bagi memastikan keselamatan individu terjamin sepanjang tempoh percutian.


(Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Saraya Arbi)


"Bagi mereka pelancong tempatan yang meraikan Hari Raya setelah dua tahun, perlu juga jaga keselamatan dan patuh SOP yang ditetapkan oleh Kementaerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

"Pada masa sama raikan dengan penuh kesyukyuran dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kerana dapat meraikan dengan keluarga yang besar.

Tambah beliau, program yang dianjurkan MOTAC turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong antarabangsa susulan pembukaan semula sempadan negara, 1 April lalu.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni warga Jabatan Penyiaran Malaysia di Wisma Berita, Angkasapuri.

Media Baharu