fb fb fb fb fb

Wanita maut, motosikal dilanggar treler

KEMAMAN, 25 April- Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah lori treler, pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi tadi di kilometer 137 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan.

Mangsa, Nur Qasrina Abdul Kassim, 27 tahun dipercayai cuba memotong lori treler tersebut menyebabkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan, sebelum dilanggar lori berkenaan.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


(Treler yang melanggar motosikal ketika mangsa hilang kawalan ketika ingin memotong)

Media Baharu