fb fb fb fb fb

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir

KUALA LUMPUR, 25 April - Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dinaiki air akibat hujan lebat yang berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi.

Keadaan tersebut telah menyebabkan trafik di lokasi tersebut sesak teruk.


(Keadaan banjir di Jalan Travers)

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Facebooknya, antara kawasan terlibat adalah Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Segambut dan Jalan Kinabalu.

Turut terjejas, Jalan Changkat Thambi Dollah, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, Bulatan Dato Onn dan Jalan Melaka.

Penguatkuasa DBKL turun ke lokasi terlibat, bagi melancarkan lalu lintas.

Pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan patuh kepada arahan pihak berkuasa.

Media Baharu