fb fb fb fb fb

Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih menjalankan fungsinya

Tan Sri Annuar (kiri) bergambar bersama piala Anugerah Seri Angkasa pada Majlis
Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 18 Oktober- Pasukan Jihad Khas Tangani Inflasi masih berfungsi seperti biasa dan tidak dibubarkan meskipun Parlimen penggal ke-14 dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata pemantauan akan diteruskan walaupun status kerajaan telah berubah kepada kerajaan sementara,

"Pasukan Khas Jihad tidak mengadakan mesyuarat sejak parlimen dibubarkan kerana setelah parlimen dibubarkan semua ahli parlimen dan wakil rakyat bergegas pulang ke kawasan masing-masing. Tetapi kita berhubung satu sama lain, jika ada keperluan kita akan mengadakan mesyuarat minggu depan," kata Annuar dalam sidang media Majlis Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 di sini.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi diwujudkan pada 29 Jun lalu bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Jawatankuasa itu dianggotai Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

(Tan Sri Annuar berkata Pasukan Jihad Khas Tangani Inflasi masih berfungsi seperti biasa
dan tidak dibubarkan meskipun Parlimen penggal ke-14 dibubarkan)

Media Baharu