fb fb fb fb fb

Parlimen Australia akan bermesyuarat selepas kegagalan referendum orang asli

SYDNEY, 16 Oktober- Parlimen Australia akan bermesyuarat buat kali pertama sejak kegagalan referendum mengenai pengiktirafan orang asli yang dipercayaai boleh melemahkan kuasa Perdana Menteri Anthony Albanese.

Lebih 60% rakyat Australia mengundi untuk "Tidak" mengubah perlembagaan untuk mengiktiraf orang asal negara itu dalam pungutan suara pada Sabtu bagi mewujudkan badan penasihat yang akan menasihati parlimen mengenai perkara yang berkaitan dengan komuniti itu.

Albanese mempertaruhkan modal politik yang besar pada undian "Ya", manakala parti pembangkang Liberal menentangnya. Beliau akan berdepan dengan pemimpin Liberal Peter Dutton semasa waktu soalan parlimen pada pukul 2.00 petang waktu tempatan pada Isnin.

Perkara itu merupakan satu usaha perdamaian dengan masyarakat orang asli negara itu.

"Keputusan undian pada Sabtu akan akan mengetepikan punca perdamaian," kata editorial di Sydney Morning Herald pada Isnin.

Akhbar perniagaan utama negara itu, Australian Financial Review, menyifatkan keputusan itu sebagai "menyedihkan" bagi masyarakat orang asli kerana pengabaian dan diskriminasi berabad-abad sejak dijajah oleh Great Britain pada 1788.

Golongan berkenaan membentuk kira-kira 3.8% daripada populasi negara itu.- REUTERS

(Pengundi di Bangunan Parlimen Australia semasa referendum The Voice, di Canberra/AFP)

 

Media Baharu