fb fb fb fb fb

Papan iklan gergasi perlu mohon lesen, permit PBT

SEREMBAN, 28 Mei- Kesedaran terhadap keperluan mempunyai lesen dan permit oleh syarikat pengiklanan bagi papan iklan gergasi semakin meningkat.

Ia susulan permohonan bagi mendapatkan lesen dan permit tersebut meningkat ketara tahun ini.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Seremban, Datuk Masri Razali, setiap papan iklan yang dibina perlu melepasi proses penelitian struktur papan iklan oleh agensi pembinaan berlesen untuk memastikan strukturnya selamat kepada orang ramai.

"Kita masih lagi akan meneruskan usaha untuk mengenal pasti mana – mana papan iklan yang tidak berlesen dan kita menjalankan kerja urusan yang samalah kita akan kenal pasti dan kita tampalkan notis berkenaan," katanya.


(Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Seremban, Datuk Masri Razali)

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri MBS di Seremban.

Terdahulu media melaporkan, sekurang-kurangnya 200 papan iklan gergasi dipasang tanpa lesen atau permit oleh pelbagai syarikat terutama di tepi Lebuhraya Utara Selatan sepanjang aliran dalam kawasan Negeri Sembilan.

Syarikat berkenaan juga gagal membayar cukai taksiran.

Operasi menampal notis iklan tidak berlesen di papan tanda terlibat telah dilaksana dan syarikat pengiklanan terlibat diminta untuk tampil membuat permohonan.


(GAMBAR FAIL)

Media Baharu