fb fb fb fb fb

Pantau anak-anak main mercun, bunga api

(Foto fail)

JOHOR BAHRU, 14 April- Ibu bapa diingatkan untuk terus memantau kegiatan anak-anak ketika bermain mercun atau bunga api, terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat, Aiman Athirah Sabu berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa atau penjaga yang didapati melakukan pengabaian sehingga berlaku insiden tidak diingini.

"Ini kalau di peringkat kementerian, boleh ditafsirkan sebagai pengabaian. Jadi kita pun mengharapkan mereka lebih peka kerana di peringkat kami tidak akan teragak-agak sekiranya ada pengabaian yang ketara melanggar undang-undang khususnya bawah Akta Kanak-kanak 2001, kita akan ambil tindakan," kata Aiman Athirah semasa program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2023 anjuran Yayasan Petronas di sini.

Sebanyak 250 bungkusan barangan makanan diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan.

Secara keseluruhan, sebanyak empat ribu 900 bungkusan diedarkan yayasan berkenaan sepanjang program berlangsung sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini

"Walaupun kegiatan menjual mercun dan bunga api telah dibenarkan, ia bukan lesen untuk ibu bapa membenarkan anak-anak bermain tanpa pemantauan," tambahnya.

Beliau bersyukur sejak penjualan mercun dan bunga api dibenarkan, kes membabitkan kecederaan kanak-kanak tidak tinggi.

Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak cedera akibat bermain mercun sehingga kini melibatkan kes di Kedah dan Terengganu.


(Aiman Athirah di temu bual semasa program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2023 anjuran
Yayasan Petronas)


Media Baharu