(Foto METMalaysia)
KUALA LUMPUR, 25 April- Beberapa kawasan di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia dilaporkan merasai gegaran susulan gempa bumi kuat melanda Indonesia, awal pagi Selasa.
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) memaklumkan, gempa bumi bermagnitud 7.0 melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 4.00 pagi tadi.
Pusat gempa bumi tersebut terletak di koordinat 0.9 darjah selatan dan 98.3 darjah timur dengan kedalaman 49 kilometer (km) bersamaan 85km Barat Laut dari Siberut, Indonesia.
Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Bagaimanapun, METMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Dalam pada itu, orang ramai yang merasai gegaran tersebut diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9.
(Foto hiasan)