fb fb fb fb fb

Pakej Perpaduan Prabayar RM30 dijual mulai hari ini

(Fahmi pada majlis pelancaran pakej berkenaan di ibu negara)

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih dengan harga serendah RM30 mula dijual hari ini.

Menerusinya golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran badan beruniform mendapat manfaat perkhidmatan data internet 30GB selama enam bulan dengan kelajuan 3Mbps.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata lebih banyak inisiatif kemudahan telekomunikasi akan diumum tidak lama lagi demi memastikan rakyat menikmati kemudahan akses Internet.

"Sebelum Ini, harga dia lebih kurang RM10 sebulan tapi telah berjaya dikurangkan kepafa RM5 sebulan bawah pakej ini.

"Dari segi kelajuan kalau sebelum ni, hadnya adalah 1Mbps, tapi sekarang dengan pakej perpaduan dia telah naik kepada 3Mbps. Maksudnya, lebih murah tapi lebih laju," kata Fahmi dalam majlis pelancaran pakej berkenaan di ibu negara.

(Fahmi berkata Pakej Perpaduan Prabayar RM30 dijual mulai hari ini)

Media Baharu