fb fb fb fb fb

Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Filipina berfokuskan peluang kerjasama baharu

MAKATI CITY, 28 Februari- Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Filipina, Ferdinand R.Marcos Jr esok lebih berfokuskan peluang kerjasama baharu dalam bidang berkepentingan bersama.

Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir, kedua-dua pemimpin juga dijangka membincangkan dan memperbaharu persefahaman antara Malaysia dengan Filipina dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala.

"Kita ada beberapa perkara yang kita bincangkan nanti termasuklah beberapa persefahaman yang telahpun kita buat selama ini. Kita ada beberapa jawatankuasa persefahaman bersama yang akan kita duduk bersama dengan kerajaan Filipina.

"Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melihat semula aspek-aspek itu bagaimana kita nak gerakkan balik jawatankasa yang pernah diwujudkan. Antaranya ialah konsultasi tahunan antara kedua-dua negara. Kita juga ada beberapa perfahaman melibatkan beberapa negara yang lain," kata Zambry.



Tambahnya lagi, Anwar juga dijangka mengambil peluang untuk mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri tempatan serta beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Filipina.

Selain itu beliau akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah di Universiti Filipina selain menyampaikan syarahan bertajuk “30 tahun Selepas Gelombang Kebangkitan Asia:Pengajaran Strategik Buat ASEAN.

Lawatan terakhir Perdana Menteri Malaysia ke Filipina adalah pada tahun 2019.

(Datuk Seri Zambry berkata Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Filipina berfokuskan peluang
kerjasama baharu)

Media Baharu