(Foto fail)
KUALA LUMPUR, 30 Mac- Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang diperkenalkan berupaya memperluas jaringan digital bagi golongan B40, berkeperluan khas, veteran dan warga emas dengan tawaran harga lebih rendah.
Orang ramai yang ditemui menyokong penuh inisiatif itu yang dapat membantu meringankan kos sara hidup sekali gus memperkasakan transformasi digital golongan tersebut.
"Rezeki, sebabnya bagi saya nilai itu untuk golongan B40 ini agak tinggi jadi rezeki dapat pada bulan Ramahan pula itu semoga ia bermanfaat kepada penerima," kata Dahlia Ahmad Zainudin
"Kita guna untuk internet, untuk Netflix, tengok 'movie', sekarang kita bayar RM200 ke atas..kalau RM69 tu lagi murah. Kita boleh jimat lagi RM100 ke atas. Kita boleh guna untuk rumah dan beli barang lain. Jadi yang internet ini sangat murah," menurut Bava Tharane A/P Loganathan.
"Ini satu inisiatif yang baguslah sebab ia membantu orang yang tak berkemampuan hendak boleh akses yang kita sebut maklumat di hujung jari. Sebab sekarang kalau tiada akses orang jadi susah. Jadi, bagus sangat bagus," kata Mohd Jamil Abdul Wahab.
"Ia sangat berbaloi. Ia membantu orang-orang yang tidak berkemampuan terutama golongan B40. Yang ada anak ramai buat kelas dalam talian contohnya," kata Mohd Safuan Saedon.
(Pakej Perpaduan perluas jaringan digital B40)