KUALA LUMPUR, 25 Disember- Pakar mata Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Anwar menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan berita pemergian Dr Ahmad Shukri.
"Almarhum juga antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya saya telah mencederakan diri sendiri.
"Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan," katanya menerusi hantaran itu.
Pada masa sama Anwar turut mendoakan keluarga Ahmad Shukri diberikan kekuatan.
"Semoga Allah mengampunkan dosa Alhmarhum, Insya-Allah," tambah hantaran itu.