fb fb fb fb fb

Pak Lah 'down to earth', luhur jiwanya - KSN

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

PETALING JAYA, 14 April - Pemergian Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Lah’ merupakan seorang pemimpin berjiwa besar, yang sentiasa disenangi serta memiliki keperibadian mulia.

“Ini satu kehilangan besar kepada negara kerana beliau seorang pemimpin yang sangat baik, ‘down to earth’, menghormati semua orang dan amat luhur jiwanya.

"Beliau seorang insan yang sangat baik, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui media sesi bicarawara eksklusif Suara Anak Madani Rumah Terbuka bersama Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, anjuran Yayasan PEACE di Damansara hari ini.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Abdullah Badawi, 85, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.10 malam Isnin, di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami masalah pernafasan.

Allahyarham dimasukkan ke IJN pada pagi Ahad dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) untuk pemantauan rapi oleh pakar perubatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009, bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN