fb fb fb fb fb

Pahang sasar pembangunan negeri secara seimbang - Exco

Exco negeri, Datuk Mohamad Nizar Datuk Seri Mohamad Najib/Fail

TEMERLOH, 7 Oktober- Kerajaan negeri Pahang berhasrat untuk memastikan sebarang pembangunan yang ada di negeri tersebut adalah seimbang.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohamad Nizar Datuk Seri Mohamad Najib berkata ia bagi memastikan limpahan pembangunan ekonomi tidak hanya tertumpu di kawasan tertentu sahaja.

"Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhasrat untuk memastikan agar sebarang penbangunan dalam negeri Pahang adalah seimbang. Tidak hanya bertumpukan di kawasan tertentu sahaja."

"Sebagai contoh di Gebeng, dimana kita sedia maklum ia merupakan satu kawasan perindustrian yang pesat membangun. Kita mahu limpahan ekonomi itu dapat dirasai di semua daerah," kata Datuk Mohamad Nizar kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan industri, di sini, hari ini.

Lawatan kerja terbabit turut disertai ADUN lantikan, Datuk Wong Tat Chee, Penyelaras Dun Kuala Semantan, Datuk Ridzuan Hazimin dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Suris Mihat. 

Pahang juga berhasrat untuk mengekalkan momentum sebagai negeri kedua terbaik negara daripada segi penubuhan dan pembangunan.

Justeru, menyeru agar lebih banyak industri, kilang dan perniagaan dapat dibangunkan. 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM