fb fb fb fb fb

Pahang sambut baik Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 4.0

PEKAN, 2 Ogos - Kerajaan Negeri menyambut baik usaha Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd melaksanakan Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 4.0, di Pahang.

Program itu melibatkan golongan asnaf yang dipilih termasuk orang asli dan mualaf untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Sebanyak 12 kawasan dikenal pasti seperti Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Temerloh, Bera, Jerantut, Lipis, Bentong, Raub, Cameron Highland dan Jelai.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan wang perbelanjaan sebanyak RM500 seorang kepada mereka yang terpilih menunaikan ibadah tersebut.

(FOTO FAIL)

"Kerajaan negeri sememangnya mengalu-alukan mana-mana sahaja agensi seperti Andalusia ini yang sanggup untuk tampil ke hadapan memberikan simpati kepada asnaf. Saya difahamkan menemui Yang Amat Berhorma Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyambut dengan tangan terbuka dengan kerjasama yang baik.

"Apabila YAB Menteri Besar telah minta pegawai kewangan negeri membantu iaitu YAB Datuk Indera Nazri. Dari sudut menyediakan passport , kesihatan dan juga sedikit wang saku dan bekalan kepada umrah. Sedangkan tiket tempat penginapan semuanya ditaja sepenuhnya oleh Andalusia,jadi kita memang beri kerjasama," kata Syed Ibrahim, selepas Majlis Pelancaran Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 4.0 Kerjasama Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd Dan Kerajaan Negeri Pahang, mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Media Baharu