fb fb fb fb fb

Pahang bakal bentang RUU Anti Lompat Parti

(FOTO RTM)

KUANTAN, 27 Mac-Kerajaan Pahang bercadang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) anti Lompat Parti di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka berlangsung pada Mei nanti.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membentang usul berkaitan pindaan Perlembagaan negeri itu.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri tidak akan membentang RUU terbabit jika tidak mendapat sokongan dua pertiga ADUN.

"Kalau kita bentangkan RUU Akta Lompat Parti kita perlu dapat sokongan dua pertiga, kerajaan yang ada hari ini tak cukup dua per tiga. Kalau mereka setuju kita akan bentang di DUN", katanya elepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pelancaran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Darjah 1 bagi tahun 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau, Kuantan.

Sebanyak RM2.5 Juta BPP diperuntukkan Kerajaan negeri kepada  25,146 orang murid tahun 1 di seluruh Pahang di mana setiap murid akan menerima RM100 setiap seorang.

Pada Februari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat berkata hanya tujuh negeri yang sudah menguatkuasa Undang-Undang Lompat Parti di peringkat DUN.


(Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail/FOTO RTM)

Media Baharu