fb fb fb fb fb

PADU Johor perkukuh ekosistem keusahawanan

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 3 Januari- Sistem Pusat Data Usahawan Johor (PADU) yang dibangunkan Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) dua tahun lalu berbeza dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) peringkat nasional biarpun mempunyai akronim yang sama.

PADU Johor berfungsi mengukuhkan ekosistem keusahawanan negeri itu sebagai platform rujukan informasi terkini berkaitan skim bantuan dan peluang perniagaan disediakan oleh kerajaan dan agensi berkaitan.  

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Mohd Hairi Mad Shah berkata, usahawan di negeri itu digalakkan mendaftar menerusi PADU Johor bagi mendapatkan maklumat mengenai bantuan diberikan.  

"Peringkat negeri Johor PADU lebih kepada usahawan untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan bantuan usahawan. geran-geran khususnya kepada usahawan-usahawan negeri Johor.

"Sehubungan dengan itu saya mengalu-alukan sekali lagi usahawan-usahawan Johor terus mendaftar di sistem PADU dan terus melihat apa sahaja bantuan dan keperluan apa yang boleh PUJB bantu mahupun MPUNJ kami terus cuba membantu," katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran makanan segera oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di sini.

Sehingga kini lebih 40,000 usahawan Johor sudah mendaftar dengan sistem PADU Johor dan peruntukkan sebanyak RM129 juta telah disalurkan untuk pembangunan usahawan di negeri itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI