fb fb fb fb fb

PPS, Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Maran ditutup

Agensi Pertahanan Awam (APM) mengemas PPS di Maran

MARAN, 3 Januari- Pusat pemindahan sementara (PPS) di Balairaya Kampung Baru Pertanian di Maran, Pahang ditutup pukul 7.54 malam tadi kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Maran.

"PPS yang dibuka sejak 28 Disember lalu itu, sebelum ini menempatkan tujuh penduduk daripada dua keluarga terjejas," katanya.

Susulan penutupan PPS terakhir di daerah Maran berkenaan, Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah juga ditutup secara rasminya pada 8.30 malam tadi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI