fb fb fb fb fb

PAC sedang memuktamadkan laporan berhubung kemajuan Projek LCS TLDM

(Pengerusi PAC, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (tengah) dalam sidang media di Parlimen)

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang memutamadkan laporan berhubung kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengerusi PAC, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata PAC kini dalam proses penyediaan laporan berhubung isu tersebut. Laporan kemajuan tersebut melibatkan tempoh dari Jun Hingga September tahun ini.

"Dan saya jangkakan kita akan dapat membentangkan laporan ini dalam sidang mesyuarat kali ini", katanya dalam sidang media di Parlimen.

Sementara itu, mengenai prosiding berhubung Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (HRD Corp) pula, dua orang saksi dipanggil bagi memberikan keterangan.

Mereka terdiri daripada, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia (KSM) Datuk Amran Ahmad dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood.

"Hasil daripada prosiding pertama yang diadakan, PAC memutuskan bahawa dua lagi prosiding berhubung Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp. akan diadakan pada 1 dan 2 November 2023.

"Saksi yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan dan penjelasan pada prosiding yang telah ditetapkan pada 1 November 2023 (Rabu) ialah wakil Kementerian Kewangan dalam HRD Corp. yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan", katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media berhubung Prosiding Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia Berhad HRD CORP di Parlimen.

Dalam pada itu,  Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar akan turut dipanggil sebagai saksi november depan berhubung isu tersebut.

ROSLINA BINTI DIN