fb fb fb fb fb

Orang ramai diingat waspada penipuan pendaftaran bantuan SARA RM100

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Setiap warganegara diingatkan agar tidak terpedaya dengan modus operandi penipuan dalam talian berhubung pendaftaran bagi menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pemberian adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.

"Data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digunakan bagi tujuan ini.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang penipuan atau 'scammer' yang menjemput pendaftaran kerana penghargaan SARA ini dilakukan secara terus untuk semua pemegang MyKad," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pembelian boleh dibuat mulai 31 Ogos ini sehingga 31 Disember 2025 yang memanfaatkan seramai 22 juta rakyat Malaysia.  

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM