fb fb fb fb fb

Optimum masa muda, berbakti dan bangunkan potensi diri- Faizal Azumu

PUTRAJAYA, 15 Mei- Para belia diseru bangkit dan mengoptimumkan masa muda untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, fasa peralihan ke Endemik ini dilihat sebagai satu peluang dan medium kepada belia untuk terus maju serta membangunkan potensi dalam diri.

Beliau turut menyarankan belia untuk sentiasa aktif dalam mengambil peluang yang disediakan kerajaan.


(GAMBAR FAIL)

"KBS akan terus merancakkan dan menaik taraf kualiti pelaksanaan program yang berpotensi menyerlahkan potensi belia secara menyeluruh dalam merangka inisiatif dan pelaksanaan program bagi mebantu belia untuk bangkit pada era endemik ini bagi kesejahteraan hidup masa hadapan. KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN ) akan melaksanakan insiatif belia sejahtera yang memfokuskan intervensi sosial dalam kalangan belia," katanya.

Tambahnya, 45.9 peratus populasi belia dalam Malaysia akan terus diberi perhatian bagi memastikan agenda pemerkasaan belia dilaksanakan secara menyeluruh.

Ahmad Faizal berucap pada perutusan Khas Hari Belia Negara 2022.

Media Baharu