fb fb fb fb fb

Anugerah Perdana Belia Negara: Tujuh anugerah baharu diperkenalkan- PM

PUTRAJAYA, 15 Mei- Kementerian Belia dan Sukan akan memperkenalkan tujuh anugerah baharu untuk dipertandingkan dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu bagi menyuntik semangat golongan muda untuk terus menyumbang bakti kepada pembangunan negara.

"Sebanyak tujuh anugerah baru dalam kategori Pencarian Ikon Belia yg cemerlang dalam kategori dipertandingkan bagi tahun 2022 iaitu ikon belia karismatik, ikon belia kelestarian alam, ikon belia reka tekno, ikon belia influencer (media sosial) ikon beloa sanjungan budi, ikon 'youth biz' dan ikon belia OKU,'' katanya.

Ujar beliau, sebagai bukti komitmen kerajaan dalam mengiktiraf program meraikan golongan belia, APBN akan disambut dalam majlis khusus yang penuh gemilang serta menggunakan logo tetap bermula pada tahun ini.

Ismail Sabri berkata demikian dalam Perutusan Hari Belia Negara 2022 yang bertemakan 'Ini Masa Kita'.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan juga bersetuju meneruskan pelaksanaan Program Podium yang dikendalikan Majlis Sukan Negara (MSN) sehingga tahun 2025.

Ia sebagai penghargaan terhadap pencapaian atlet negara yang dibarisi 31.6 peratus golongan belia daripada jumlah atlet negara.


(GAMBAR FAIL)

"Kerajaan menghargai pencapaian cemerlang atlet negara di persada antarabangsa yg rata- rata dibarisi belia 31.6 peratus jumlah atlet negara.Justeru kerajaan bersetuju teruskan pelaksaaan program podium sehingga 2025 dengan peruntukkan keseluruhan RM249 juta untuk tempoh empat tahun," katanya.

Penerusan program itu bukan sahaja dapat memberi galakan kepada golongan belia malah memastikan perancangan dan persediaan lebih teratur.

Ia sekali gus membolehkan lebih banyak pencapaian cemerlang dapat direalisasikan di peringkat antarabangsa.

Media Baharu