fb fb fb fb fb

Ops HRA 2023: JPJ Negeri Sembilan keluarkan 2,432 saman

SEREMBAN, 28 April- Sebanyak 863 notis kesalahan telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan hasil pengesanan menerusi penggunaan dron dan kamera aksi pengawasan (EAC) sepanjang penguatkuasaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2023.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sepanjang penguatkuasaan bermula 18 April sehingga semalam, sebanyak 623 notis dikeluarkan hasil penggunaan dron manakala 240 menerusi penggunaan EAC.

Beliau berkata, daripada jumlah notis kesalahan tersebut, 529 notis dikeluarkan kerana gagal mematuhi lampu isyarat merah manakala 132 notis lagi melibatkan kesalahan memotong barisan.

"Daripada segi peningkatan jumlah saman dan jugak kes, terdapat sedikit peningkatan. Namun begitu, kita boleh katakan bahawa jumlah kenderaan yang berada atas jalan raya pun meningkat, lebih banyak daripada tahun lepas.

"Boleh juga saya simpulkan di sini bahawa walaupun begitu, kita dapati pematuhan peraturan jalan raya dalam kalangan pemandu-pemandu ataupun pengguna jalan raya di Negeri Sembilan ini adalah sangat tinggi berbanding dengan saman dan juga jumlah kenderaan yang berada di musim perayaan ini," katanya.

(Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf)

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media JPJ Negeri Sembilan.

Pada operasi kali ini, JPJ Negeri Sembilan telah mengeluarkan sebanyak 2,432 saman ke atas 773 kesalahan yang dikesan sepanjang tempoh tersebut.

Media Baharu