Operasi pembenihan awan libatkan lima negeri bermula esok

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 April – Operasi pembenihan awan melibatkan lima negeri akan dimulakan esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peringkat awal operasi meliputi Perlis, Kedah dan Utara Perak.
  • Operasi kemudiannya akan diperluas ke Melaka dan Johor.
  • Matlamatnya meningkatkan bekalan air tasik dan empangan untuk domestik, pertanian dan industri.
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi lewat kerana nasihat MetMalaysia mengenai luruan angin dan kedudukan awan.

Peringkat awal pelaksanaan meliputi Perlis, Kedah dan Utara Perak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, operasi itu kemudiannya akan diperluas ke Melaka dan Johor.

Langkah berkenaan bagi memastikan sumber air di tasik dan empangan dapat ditingkatkan untuk kegunaan domestik, pertanian dan industri.

“Kenapa ia agak lewat? Kerana kita mendapat nasihat daripada MetMalaysia bahawa luruan angin dan juga awan yang mengandungi air itu sebelum enam haribulan tidak berada di tiitk-titik panas yang saya sebutkan.

“Jadi kita mulakan esok juga untuk kawasan-kawasan berkenaan dan mudah-mudahan tasik-tasik yang merupakan takungan bekalan air untuk kegunaan domestik dan juga untuk kegunaan pertanian serta industri akan dapat kita bantu untuk menyelesaikannya”, katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata demikian selepas merasmikan Voices of Her Forum – Women and Economic Power: Survival, Leadership and Asset Ownership di sini.