Malaysia gerakkan usaha bersepadu darat dan laut bela Gaza

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

SEPANG, 6 April –Lebih ramai aktivis Malaysia menyertai misi kemanusiaan ke Gaza menerusi pelancaran Misi Sumud Nusantara 2026 atau Grand Campaign Sumud Nusantara bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disampaikan ke Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Misi membawa mesej perpaduan ummah dan kemanusiaan sejagat, bukan inisiatif kumpulan peribadi.
  • Hampir 3,000 peserta dari hampir 100 negara menyertai, menghantar 30 kontena bantuan seberat 374 tan.
  • Tujuan misi untuk sampai ke Gaza dengan niat kedamaian, keamanan dan membebaskan sahabat serta saudara yang terperangkap.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, misi itu bukan sekadar inisiatif mana-mana pihak, sebaliknya membawa mesej perpaduan ummah dan kemanusiaan sejagat.

Katanya, hampir 3,000 peserta daripada hampir 100 negara menyertai misi itu dengan membawa 30 kontena bersaiz besar seberat 374 tan.

Ia melibatkan 30 kontena bersaiz besar seberat 374 tan, merangkumi 14 kontena makanan, lapan kontena tepung dan lapan kontena kit kebersihan.

“Ini bukan misi peribadi atau misi mana-mana kumpulan tertentu, sebaliknya membawa mesej kepada ummah dan kemanusiaan sejagat.

“Kali ini, kita cuba untuk menjejakkan kaki atau sampai ke bumi Gaza dengan niat kedamaian dan keamanan, serta untuk membebaskan sahabat-sahabat dan saudara-mara kita yang telah terperangkap,” jelas Datuk Seri Amirudin.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas mengenainya dan pelepasan delegasi Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.