fb fb fb fb fb

Op Luxury: 270 kenderaan mewah disita sejak 1 Julai

FOTO BERNAMA

JOHOR BAHRU, 16 Ogos - Sebanyak 270 kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara sejak 1 Julai lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan itu diambil susulan pemilik gagal memperbaharui cukai jalan serta perlindungan insurans, termasuk melibatkan kereta milik selebriti, pempengaruh dan ahli perniagaan.

“Setiap kenderaan yang ditahan akan dikeluarkan saman dan kompaun. Pemilik perlu menyelesaikan saman, insurans dan cukai jalan terlebih dahulu sebelum kenderaan mereka dibebaskan. Jika gagal, kenderaan akan terus ditahan,” katanya.

Antara sitaan membabitkan sebuah Lamborghini Huracan di Johor dengan cukai jalan tertunggak mencecah RM12,000 setahun, manakala di Kuala Lumpur, sebuah Rolls-Royce dikesan tidak diperbaharui cukai jalan bernilai RM29,000 setahun tidak termasuk insurans.

AMIRULL SHAFFIQ BIN ABDUL GHANI