fb fb fb fb fb

Op Khas Warga Asing, 27 saman dikeluarkan

(Polis Daerah Johor Bahru Selatan)

JOHOR BAHRU, 17 Mei- Tiada lesen memandu, ubah suai struktur kenderaan serta tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), antara kesalahan dikesan polis dalam Op Khas Warga Asing/Roda Tiga di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata 27 saman Pol. 257 dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 59 individu dan 44 kenderaan.

"Majoriti saman melibatkan warga asing terutama yang menunggang motosikal tiga roda.

"Lima kenderaan turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Semua tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan.


(Polis Daerah Johor Bahru Selatan)

Media Baharu