fb fb fb fb fb

Op Jamin: Lebih 31,000 premis diperiksa di seluruh negara

 

CHERAS, 17 Oktober- Sebanyak 31,100 premis seluruh negara diperiksa menerusi Op Jamin melibatkan pelbagai peringkat rantaian pengedaran bekalan beras termasuk pengilang, pemborong dan peruncit.

Jelas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh pemeriksaan dibuat bagi melihat situasi bekalan dan harga beras di peringkat runcit serta barangan keperluan harian lain seperti gula dan minyak masak.

"Kalau kita terima aduan mengenai ketiadaan beras, kita akan bantu sampaikan kepada KPKM tetapi kalau kita terima aduan beras tempatan ditampal beras import contohnya, itu boleh kita siasat bawah Akta Perihal Dagangan dan saya nak maklumkan siasatan sudah pun dimulakan,"katanya.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan Op Jamin di sebuah pasar raya di Cheras Jaya, Selangor.

Ops Jamin, yang dilancarkan pada 7 Julai lalu merupakan kolaborasi antara KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memastikan keterjaminan bekalan beras dengan harga yang stabil dan terkawal.


(Fuziah Salleh ditemui media selepas pemeriksaan Op Jamin
di sebuah pasar raya di Cheras Jaya)

Media Baharu