fb fb fb fb fb

Olek Orang Pangka pupuk semangat kerjasama masyarakat

(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam program Olek Orang
Pangka sempena Perpatih Fest 2023 di Muzium Negeri, Seremban)

SEREMBAN, 11 Jun- Program Olek Orang Pangka merupakan identiti masyarakat Negeri Sembilan yang sinonimnya dipanggil sebagai rewang buat masyarakat lain.

Olek Orang Pangka merupakan persiapan bagi sebuah majlis besar secara bergotong-royong sehari sebelum majlis berlangsung.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tradisi itu harus diteruskan bagi memupuk semangat kerjasama antara masyarakat dalam menjayakan sebuah majlis.

"Olek sekampung untuk siapkan majlis esok sebahagian panggil rewang sebahagian panggil gotong royong jadi kita harap adat ini dapat diteruskan semangat gotong- royong yang akan mengeratkan silaturahim," katanya.

Aminuddin ditemui pada program Olek Orang Pangka yang diadakan sempena Perpatih Fest 2023 di Muzium Negeri, Seremban.


(FOTO FB YAB Menteri Besar Negeri Sembilan)

Program tersebut turut disertai oleh ketua jabatan dan ketua luak di setiap daerah dari seluruh negeri.

"Olek Orang Pangka tradisi masyarakat pepatih di Negeri Sembilan maksud sebelum majlis besar esoknya masak untuk hidang esok hari. Konsep santai tapi meriah, tiada ketua atau orang besar. Semua masak sama-sama bagi raikan tetamu esok hari. Ada muzik biola cak empong, istilah lain rewang gotong- royong," kata Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Dr Shamsuddin Ahmad

Media Baharu