fb fb fb fb fb

NSRC rekod 16,752 panggilan 'scam'

(Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong ketika menjawab pertanyaan di Dewan Rakyat
hari ini)

KUALA LUMPUR, 9 Mac - Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah merekodkan 16,752 panggilan yang bersifat 'scam' sehingga 31 Januari lalu.

Jelas Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong, sehingga kini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka 776 kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Justeru, beliau juga meminta mangsa 'scam' supaya melaporkan kepada NSRC dan PDRM agar penyekatan aliran dana yang dicuri untuk membendung kerugian kewangan yang lebih besar.

(Foto hiasan)

"Kita mempunyai mekanisme, peraturan dan cara melaporkannya di mana kita memang tegas dalam hal ini dan saya sendiri berjumpa pegawai BNM dan tahu perlu ada tanggungjawab yang dikongsi kedua-dua pihak.

"Ia membabitkan keselamatan sistem perbankan dan keselamatan peranti pengguna, siasatan telus itu adalah jaminan kita dan kajian mekanisme bagi tanggungjawab bersama dapat dilakukan secara adil dan saksama," kata beliau ketika menjawab pertanyaan ahli parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Media Baharu