fb fb fb fb fb

Notis rayuan difailkan berkait keputusan penghakiman, bukan isu kadar 40 peratus hasil - AGC

Jabatan Peguam Negara/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 November - Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil sebaliknya memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap sebahagian daripada keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

AGC dalam satu kenyataan memaklumkan pemfailan Notis Rayuan tersebut dilakukan pada 13 November 2025, khususnya berkaitan beberapa kekhilafan dalam Alasan Penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

"Alasan Penghakiman berkenaan antara lain mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajiban Perlembagaan," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun AGC akan terus memulakan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah sesegera mungkin berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI