Notis pemakluman bubar DUN Johor diserah kepada SPR

FOTO BERNAMA

JOHOR BAHRU, 2 Jun – Notis pemakluman mengenai pembubaran Dewan Negeri (DUN) Johor, diserahkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan Pemasyhuran memansuhkan DUN Johor diperkenankan Pemangku Sultan Tunku Mahkota Ismail.
  • Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN berkuat kuasa 1 Jun.
  • PRN Johor perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran; 56 kerusi DUN akan dipertandingkan.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan perkara itu, bagi memaklumkan Pemasyhuran Memansuhkan DUN Johor yang telah diperkenankan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Penyerahan notis itu membolehkan SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN, berkuat kuasa 1 Jun.

PRN Johor perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Sebanyak 56 kerusi DUN Johor akan dipertandingkan, menjelang PRN Johor kali ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.