fb fb fb fb fb

Notis kemungkinan banjir di Kuantan & Rompin

(Banjir dijangka berlaku sekiranya hujan yang signifikan berterusan di Negeri Pahang/MetMalaysia)

KUANTAN, 6 Februari- Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir di beberapa lokasi di daerah Kuantan dan Rompin, pada hari ini hingga esok.

PRABN dalam kenyataannya berkata, notis itu berdasarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia pada 5.50 pagi tadi dan hasil simulasi model ramalan banjir.


Banjir dijangka berlaku sekiranya hujan yang signifikan berterusan di negeri Pahang.

"Bagi daerah Kuantan, banjir boleh berlaku mulai 12.30 tengah hari, melibatkan Kampung Batu 6, Kampung Sungai Caru, Kampung Panching, Kampung Pasir Kemudi dan kawasan sekitarnya.

(Foto MetMalaysia)

"Manakala di Rompin, banjir diramal bermula pada 12 tengah malam ini, melibatkan Kampung Perwira Jaya, Felda Selancar dan kawasan sekitarnya," menurut kenyataan itu.

Media Baharu