fb fb fb fb fb

Niat merompak terbatal, 11 pendatang dicekup Maritim Malaysia

(FOTO MARITIM MALAYSIA)

KOTA TINGGI, 11 April- 11 pendatang asing yang hendak masuk dan melakukan rompakan di perairan negara diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,  Maritim Malaysia Johor.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim, Mohd Najib Sam berkata, kedua-dua kejadian berlaku di Tanjung Setapa, Kota Tinggi masing-masing pada Isnin dan Selasa (semalam).

Katanya, tangkapan pertama melibatkan lima lelaki yang hendak masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah.

Enam lagi diberkas semalam hasil aduan diterima nakhoda bot tunda yang memaklumkan barang muatan besi yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang dirompak.

Semua yang ditahan berusia 23 hingga 51 tahun.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Anti Pemerdagangan Orang, dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 380 dan Seksyen 445 Kanun Keseksaan.


(FOTO MARITIM MALAYSIA)

Media Baharu