fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini selepas mencatatkan penurunan selama enam hari berturut-turut, ia adalah susulan aktiviti belian saham berharga rendah.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 5.29 mata kepada 1,456.73 disokong kebanyakannya oleh saham IHH Healthcare, Axiata dan Tenaga Nasional.

Indeks dibuka 1.14 mata lebih tinggi pada 1,451.34 berbanding 1,450.20 ketika penutupan pada Rabu yang berlegar antara 1,447.06 dan 1,457.02. 

Suasana pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 506 berbanding 365 manakala 415 kaunter tidak berubah, 927 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.50 bilion unit bernilai RM1.77 bilion daripada 3.21 bilion unit bernilai RM2.04 bilion. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI berjaya melonjak semula berikutan aktiviti belian saham berharga murah walaupun pasaran serantau utama ditutup kebanyakannya lebih rendah berikutan prestasi tidak meyakinkan ekuiti global semalaman.

“Kami berpendapat sentimen akan kekal berhati-hati, justeru dijangkakan FBM KLCI akan cenderung menaik menjelang hujung minggu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pelabur sedang menunggu mesyuarat jawatankuasa dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) minggu depan mengenai hala tuju Kadar Dasar Semalaman (OPR).



“Buat masa ini, kami menjangkakan BNM mungkin tidak menaikkan OPR sebelum mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Mac,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia seperti IHH meningkat 18 sen kepada RM5.89, Axiata bertambah 8.0 sen kepada RM3.21, Tenaga Nasional mengukuh 12 sen kepada RM9.40 dan CelcomDigi melonjak 5.0 sen kepada RM4.30.

Petronas Chemicals naik 7.0 sen kepada RM7.27 dan Petronas Dagangan melonjak 46 sen kepada RM21.10.

Dalam pada itu, Boustead yang digantung, sementara menunggu pengumuman tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan menyambung dagangan pada pukul 9 pagi esok.

Bagi saham aktif, Bumi Armada naik 4.0 sen kepada 66 sen, Zen Tech tidak berubah pada 2.0 sen, Tanco susut 1.0 sen kepada 45.5 sen, BSL Corp merosot 2.0 sen kepada 12 sen dan Cypark berkurangan 14.5 sen kepada 84 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 25.65 points kepada 10,582.98, Indeks FBMT 100 bertambah 25.78 mata kepada 10,272.36 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 56.49 mata kepada 10,812.48.

Indeks FBM 70 merosot 15.74 mata kepada 13,402.43 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 17.33 mata kepada 5,379.10.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 36.45 mata kepada 16, 146.67, Indeks Perladangan naik 47.72 mata kepada 6,810.14, Indeks Tenaga melonjak 9.64 mata kepada 857.96 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengukuh 0.21 mata kepada 177.03.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.58 bilion saham bernilai RM1.47 bilion daripada 2.20 bilion saham bernilai RM2.20 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 300.63 juta unit bernilai RM54.89 juta daripada 440.41 juta unit bernilai RM86.65 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 618.74 juta saham bernilai RM244.65 juta daripada  564.47 juta saham bernilai RM220.07 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 187.34 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (432.82 juta); pembinaan (65.56 juta); teknologi (153.75 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (45.79 juta); hartanah (157.55 juta); perladangan (42.39 juta); REIT (8.0 juta), dana tertutup (10,100); tenaga (253.55 juta); penjagaan kesihatan (110.13 juta); telekomunikasi dan media (27.29 juta); pengangkutan dan logistik (48.24 juta) dan utiliti (52.34 juta). -BERNAMA

Media Baharu