fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan-Qatar bincang usaha sama makanan halal

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun/BERNAMA

SEREMBAN, 10 September- Kerajaan Negeri Sembilan bakal mengadakan usaha sama pelaburan dengan Qatar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beberapa perkara dibincangkan dalam kunjungan hormat Duta Besar Qatar ke negeri itu, baru-baru ini.

Antaranya membabitkan usaha sama menjadikan negara di Semenanjung Arab itu sebagai lokasi untuk mengetengahkan bidang makanan halal dari Negeri Sembilan.

"Pelaburan dengan Qatar perlu menekankan usaha sama dalam bidang makanan halal, bagi menjadikan negara itu sebagai pusat pengedaran produk kita ke pasaran Asia Barat.

Insya-Allah, Qatar bersetuju untuk menjadikan salah sebuah pelabuhan mereka sebagai pintu masuk utama bagi barangan halal Malaysia ke rantau tersebut," kata Datuk Seri Aminuddin kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pasca Mesyuarat Mingguan Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, di sini.

Terdahulu, Datuk Seri Aminuddin Harun menerima kunjungan hormat Duta Besar Qatar, Tuan Yang Terutama Salah Mohamed Al-Sorour bersama delegasinya pada 6 September lepas di Port Dickson.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM